
Top Trend 2022 Untuk Semua Hijabista: Matte Satin Shawl
Tahukah anda tentang istilah ‘Hijabista’? Hijabista merujuk kepada fashionista berhijab/bertudung! Bukan sahaja di Malaysia, kita boleh nampak trend untuk padankan tudung dengan pakaian semakin popular. Seperti Hijabista Malaysia Asyallie Ahmad dan Syafiqah Aina, selalunya gambar #OOTD mereka cantik kan! Macam Asyallie Ahmad, stail minimal tapi anggun dengan gabungan matte satin silk shawl dan colour combo pakaian yang neutral dan minimal.
Hijabis+Fashionista = Hijabista! Adakah anda seorang Hijabista?
Nak tahu cara untuk menjadi seorang Hijabista? Tahun 2022 ialah tahun baru untuk anda mencuba stail baru, tak ya hari-hari pakai shawl chiffon dan kapas, tukarlah kepada matte satin shawl! Pasti nampak cantik dengan fabriknya yang bersinar secara natural dan berserba guna. Berikut adalah 3 cara yang berbeza tetapi sama menakjubkan untuk #OOTD dengan matte satin shawl!
Pertama sekali, masa shopping! Konsep #OOTD ni ialah simple, minimal tapi bergaya! Padankan matte satin shawl yang berwarna neutral (beige, coklat, putih, lain-lain) dengan baju oversized dan slacks hitam. Selit masuk baju ke dalam seluar and laraskan supaya longgar dan kelihatan bergaya. Kalau nak extra hijabista sikit, tambah aksesori minimal dekat shawl anda! It’s all in the details, kan?
#OOTD kedua sempurna untuk brunch ataupun pakaian kasual. Anda boleh mencapai stail effortless dengan gabungan matte satin shawl dan jaket denim. Percaya ke tak, gabungan ini boleh level-up stail anda secara serta-merta. Stail tudung juga boleh ditukarkan! Untuk #OOTD ini, pakai stail hijab tuck-in untuk matte satin shawl anda. Nampak lebih kemas dan professional! Kalau ingin ke pejabat, boleh juga! Tukar jaket denim anda dengan blazer je!
Akhir sekali, #OOTD ketiga. Stail ini untuk date nights dengan teman lelaki ataupun girlfriends anda! Padangkan matte satin shawl yang berwarna pastel dengan blouse dan skirt panjang. Pakai baju jubah boleh jugak! Warna pakaian terpulang kepada anda, sama ada nak lebih elegan dengan warna putih/hitam ataupun nak lebih comel dengan warna pastel yang berpadanan dengan shawl anda. Stail ini lebih romantik jadi biarkan matte satin shawl anda berlabuh di tepi. Nampak manis dan feminim dengan #OOTD ini dan nikmati malam temu janji anda!
Tunggu apa lagi, pergi beli satin matte shawl sekarang! One for you, another one also for you!